Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA  

Tuesday, April 29, 2008

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya….

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai $4.00

Tolong jaga adik $4.00

Tolong buang sampah $1.00

Tolong kemas bilik $2.00

Tolong siram bunga $3.00

Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : S$17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA


Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA



Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan
oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya
Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar
malah terhutang ' pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulullah SAW dan
bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan
baik dariku?" Rasulullah menjawab,

"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali),


kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

AddThis Social Bookmark Button


~SEMPENA HARI IBU-10 MEI~  

Wednesday, April 23, 2008

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah".

Berderai air mata.. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuu
uu...

AddThis Social Bookmark Button


~ANAK-ANAK EIRA~  

Saturday, April 19, 2008

Norman Hakim dan kini berumur 10 thn...belajar dlm darjah 4 di S.K.Pasir Panjang...seorang anak yg baik tp ade sedikit nakal..die x suka di tegur dgn kemarahan tp akan menerima nasihat yg di beri secara lembut...di lahirkan pd malam Jumaat jam 2.25pg...ade asthma tp aktif bersukan...die jenis suka berterus terang...dan die x malu mencium mama sampai skrg!
Nur Camielea Izzati dan die juga lahir pada malam Jumaat jam 2.25 pg seperti abgnya..skrg bersekolah dlm darjah 1 di skolah yg sama dgn abgnya...seorang anak yg lembut tp tegas pendirian..berdisplin dan suka memajukan diri dlm pelajaran...selalu mendapat markah tinggi dlm ujian atau peperiksaan..suka menolong org...die juga akan cepat meminta maaf kalo melakukan kesalahan pada mama die...tp kena guna cara yg lembut juga tuk menegur!
Nur Qiestina Balqies lahir pada malam Jumaat juga jam 7.17 waktu maghrib..seorang anak yg lasak dan aktif..anak yg manja dan nakal...dr usia 2 thn die sudah menunjukkan kerajinan tuk menulis atau membaca..die juga sangat mengada-ngada!tp die amat sayangkan mama die dan sampai skrg die tido dgn mama die...

AddThis Social Bookmark Button


~SEMOGA SEMUANYA BERJALAN LANCAR~  

Wednesday, April 16, 2008


Adik eira bakal melangsungkan perkahwinannya dgn putri idaman hati beliau,Fara Hidayu..pertunangan mereka telah diadakan pada hujung tahun lepas...segala persiapan sedang giat dilakukan...dr menempah pelamin hingga ke akar umbi...segalanya memerlukan perancangan yg rapi agar segalanya berjalan lancar...harap2 semuanya akan berjalan lancar...

wish both of you~along harap kalian akan sentiasa berbahagia hingga hujung nyawa..perkahwinan bukan perkara yg mudah...ia memerlukan pengorbanan,persefahaman,komitmen dan tanggung jawab dr keduanya...amalkan lah sikap tolak ansur dan jujur antara kamu berdua..dan pada angah,ingatlah...isteri bukan tempatnya tuk melepaskan marah,dendam dan bukannya hamba pada seorang suami...isteri adalah sahabat,teman,kekasih dan isteri yg akan sehidup semati dgn kamu..jagalah perasaan die agar die x terluka...kerana dielah yg akan berada di sisimu tatkala kamu susah atau senang...pada fara,kak long harap fara dpt menerima adik kak long seadanya...tabah dan sabar kunci utama seorang isteri..dan setiap apa yg berlaku,berdoalah...allah akan mendengar setiap keluhanmu sebagai seorang isteri..jagalah hati die tp jangan terlupa belai hati kamu dulu...dan die bukan boss kamu yg kamu perlu patuh setiap arahannya...amalkan sikap bertolak ansur dlm ikatan itu nanti...dr along-bukan kakak yg terbaik tp akan cuba menjadi kakak yg baik~

AddThis Social Bookmark Button


~Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata~  

Monday, April 14, 2008

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR ..

Jika perlu MENANGIS, menangislah. .tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG ..

Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN .

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR. .

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH ..

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA .

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA ..

Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS ..

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah. . asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH ..

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah. . asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT ..

Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT ..

Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya ..

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya. ..

Bersederhanalah...dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..

  • Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
  • Orang yang terlalu kuat..kadang- kadang apabila lemah terus tidak berdaya..


Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta ..

Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia .

Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya:

. bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah .

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.

Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.. "

Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil..

Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira. manusia, maka

Bersederhanalah. .. adalah jawapan kepada segala-galanya. ..

AddThis Social Bookmark Button


~KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA~  

Wednesday, April 9, 2008


  • MEI
  • eira
Kekerasan hati & degil Kuat semangat & bermotivasi tinggi Pemikiran yang tajam Mudah marah apabila tidak dikawal Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian Perasaan yang amat mendalam Cantik dari segi mental & fizikal Tidak perlu dimotivasikan Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain Mudah dipujuk Bersikap sistematik (otak kiri) Suka berangan Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit Daya khayalan yang tinggi Permikiran yang tajam Pandai berdebat Fizikal yang baik Kelemahan sistem pernafasan Suka sastera, seni & muzik serta melancong Tidak berapa suka duduk di rumah Tidak boleh duduk diam Tidak punya ramai anak Rajin dan bersemangat tinggi Agak boros
  • OKTOBER
  • hubby
Suka sembang Suka orang yang sayang padanya Suka ambil jalan tengah Sangat menawan & sopan santun Kecantikan luar & dalam Tidak pandai berbohong & berpura-pura Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan Sentiasa berkawan Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama Cepat marah Macam pentingkan diri sendiri Tidak menolong orang kecuali diminta Suka melihat dari perspektifnya sendiri Tidak suka terima pandangan orang lain Emosi yang mudah terusik Suka berangan & pandai bercakap Emosi yang kelam kabut Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) Suka melancong, bidang sastera & seni Pengasih, penyayang & lemah lembut
Romantik dalam percintaan Mudah terusik hati & cemburu Ambil berat tentang
orang lain Suka kegiatan luar Orang yang adil Boros & mudah dipengaruhi
persekitaran Mudah patah semangat

* sesuai ke x eira dgn hubby ya?

AddThis Social Bookmark Button


~PELIHARALAH KECANTIKKANMU~  

Tuesday, April 8, 2008

"Kecantikanmu bersinar melebihi terangnya mentari, akhlakmu semerbak melebihi harumnya kasturi, tawadhumu indah melebihi cahaya bulan purnama, dan kasih sayangmu membawa ketenangan melebihi curahan hujan.

Peliharalah kecantikanmu dengan keimanan, keredhaan, sifat qanaah, sifat iffah (menjaga diri dan kehormatan) dan busana muslimah.

Ketahuilah, perhiasanmu bukan emas, perak dan berlian.
Tetapi, beberapa rakaat menjelang sahur, rasa dahaga di siang hari saat puasa mencari redha Allah, sedekah tersembunyi yang tidak diketahui, kecuali oleh Allah, air mata hangat yang membasuh dosa, sujud panjang di atas permaidani penghambaan kepada Allah, serta rasa malu kepada Allah saat muncul kehendak jahat dan bisikan setan.

Kenakan pakaian takwa, tentu engkau menjadi wanita tercantik di dunia, meski pakaian tertambal. Pakailah baju luar yang sopan, tentu engkau menjadi wanita terindah di alam, meski engkau tidak beralas kaki. Jauhi kehidupan wanita-wanita durjana, kafir, penggoda, membuka aurat,
dan menjajakan kehormatannya kerana mereka semua adalah bahan bakar neraka Jahannam. Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka. (Al-Lail:15)

AddThis Social Bookmark Button


~CINTA 3 SEGI~  

Friday, April 4, 2008



Bertahun sudah ku menunggu diri mu

Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakan mu
Kerna kau ku cintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Dikau pinta untuk melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan

AddThis Social Bookmark Button


MY FIRST POST~MY FAMILY  

Wednesday, April 2, 2008

Inilah family mama yg kecik...family sebelah ayah cuma ade sorang anak iaitu ayah mama...so memang x de sepupu belah ayah...tp belah mak adelah...cuma gambar belah sana je yang x do...mama pon cuma ado 4 adik beradik termasuk mama..hubby plak 5 je...adik2 mama yg lain belom kawen lagi...dan mama dah ado 3 org anak2 yg comel...


AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Mamaranggie @ eira