Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Tuesday, April 29, 2008
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya….
Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : S$17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan
oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya
Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar
malah terhutang ' pada mukasurat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulullah SAW dan
bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan
baik dariku?" Rasulullah menjawab,
"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali),
kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."
April 29, 2008 at 11:08 PM
itu sebab ler ibu amat diutamakan... kan mama.
April 29, 2008 at 11:47 PM
Mama,
Syurga di bawah tapak kaki ibu...kan mama kan...
April 30, 2008 at 12:19 AM
walaupun tahu betapa besarnya pengorbanan ibu , tapi , anak anak mudah lupa ......
ibu jaga 10 orang anak , boleh.
10 anak belum tentu boleh jaga seorang ibu ....
April 30, 2008 at 1:03 AM
Salam eira
tumpang sekaki...
.. begitu juga bapa ;-)
April 30, 2008 at 3:55 AM
huhu... ibu adalah segala-galanya di dunia ni....
May 1, 2008 at 7:30 PM
nie buat wa nk leleh airmata nih,,,
May 4, 2008 at 7:43 PM
aduhai susah tol nk jumpa mama buchuk ni lah.. slm rintu tuk mama eh.. bila lg la nk jumpa dia lg.. nk pelok2 lg.. hukhuk..
May 5, 2008 at 1:04 AM
slm kak,huk huk...sedihnye baca mama,huhuu...:) moga akk sihat2 hendaknye bersama anak dan suami tercinta,amin..
May 5, 2008 at 1:14 AM
maksu..
betul tu...
c.i,
memang tepat!
pb,
dunia nak kiamat lah!
jamri,
hehehe...
May 5, 2008 at 1:15 AM
ida,
memang compom!
mineral,
janganlah sedey ek!
kak sheda,
muahaha...bilo ek?
acai,
mama sihat lor!